Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan bahawa penahanan seorang bekas anggota tentera oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 311 hari pada 2014 adalah tidak sah.<br /><br />Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas mengarahkan bekas anggota itu, Mohamad Maliki Abdul Halim, diberi ganti rugi sebanyak RM300,000, selain mengarahkan defendan membayar kos guamannya sebanyak RM30,000.